Thursday, 23 June 2016

ULASAN: 5 ONLINE DEAL TERBAIK

Apa khabar semuanya, fuh!!fuh!! berhabuk dah blog Kak ni..dah bersarang anai-anai. Hari ni merupakan comeback akak dalam dunia blogger. Entry ni khas untuk kaki shopping yang gemor online shopping dengan harga yang murah dan tak masuk akal..JOM...

1.GROUPON
Groupon is the best deal website in Malaysia bagi Kak Jue. Harga memang berbaloi-baloi.Banyak barang yang akak pernah beli dekat Groupon ni. Tapi Akak ada tengok satu deal yang mengugat iman Akak ni, mana tidaknya sejak jadi isteri orang ni badan pun semakin mengembang. Tengok la senarai harganya...Mengancam!!
  • 1 session for RM24 instead of RM394
  • 2 sessions for RM44 instead of RM788
  • 3 sessions for RM52 instead of RM1,182


2.Qoo10
Website online  yang boleh tahan murah harga barang-barang dia.Tapi kebanyakannya barangan dia daripada China. kalau nak beli ambil masa lama sikit nak sampai pada kita. Boleh cecah 2 ke 3 minggu macam tu. Boleh dapat free shipping kalau beli ikut promosi yang diberikan.Tapi akak nak tunjuk satu barang yang boleh anda semua beli dengan harga yang murah dalam website ni, sebab akak usha orang jual..kus semangat jejak RM50 sehelai...Tapi dalam Qoo10, Jeng Jeng Jeng!!

  • Hot Bra-RM8.90 harga asal RM39.90
  • Hot Belt-RM8.90 harga asal RM39.90
  • Hot Pants-RM8.90 harga asal RM39.90

3.11Street
Website paling banyak akak beli barang.Tapi barang kecik-kecik la..disamping buat site income sikit. paling mudah beli dekat sini. Setiap bulan ada Shocking Deal harga murah gila babas. Setanding dengan namanya 11Street mereka juga menawarkan harga barang serendah RM11.Percaya tak?kalau tak percaya pergi la side visit web mereka..RM11 SAHAJA!!


4.MakanDeal
Ha!!! pada siapa yang kuat makan, suka makan,kerap makan, pelahap boleh la deal dengan MakanDeal ni.Rambang mata akak tengok semua makanan bulan-bulan puasa ni..murah pon ye. Akak masih belum try lagi, tapi bagi akak yang kuat makan ni, deal sebegini memang menarik perhatian lagi-lagi yang ada sifat kemalasan nak memasak macam akak ni..Jangan lupa jengok tau.



5.StreetDeal
Website macam-macam ada, tapi bagi seorang wanita yang gemar duduk didapur pasti suka barang-barang di sini. Harga peralatan dapur sangat berpatutan.Cute pulak tu.Kalau akak kaya, akak boleh habiskan 1k dalam masa 1 hari jerk untuk shopping barang di StreetDeal ni.meh la cuci mata..tapi pastikan cuci hati agar tak terpengaruh..Hahahahah


So, macam mana setelah mencuci mata dengan deal-deal di Malaysia. Jangan salahkan Akak kalau duit habis yer..Akak tak jamin ye.Sekian...


No comments:

Post a Comment

 
Copyright© All Rights Reserved julinaalias24.blogspot.com