Tuesday, 5 September 2017

REVIEW: TAPAK™ FOOD TRUCK PARK KL



Hai semua!! Reviw kali ni Jue nak share tempat makan area KL yang best dan ala-ala hipster gitu. Tempat tu adalah TAPAK KL, Kalau anda nak tahu, TAPAK KL telah ditubuhkan pada tahun 2016 tapi baru tahun ni Jue tahu. Itu pun lepas laki Jue bagitau ada tempat makan food truck.

So, untuk melihat keadaan di sana, Jue telah membuat serbuan ke sana dalam keadaan perut lapar.
TAPAK dibuka dari jam 6 sehingga lewat malam bergantung pada sambutan malam itu, lokasi  TAPAK KL betul-betul sebelah Corus Hotel dan dari situ kita boleh tengok pemandangan KLCC.


Terdapat lebih dari 30 food truck untuk korang pilih, Kebanyakan makanan di sini lebih kepada makanan luar, ada juga gorang-goreng tapi tak banyak. Banyal western, mexico dan sebagainya. Keadaan kat sini agak sesak, orang ramai dan tempat makan yang disediakan kurang mencukupi, Di TAPAK KL, mereka menyediakan meja dan kerusi kayu untuk pengunjung, tapi disebabkan pengunjung yang ramai, so ramai yang tak dapat tempat duduk. Dekat sini juga ada boleh berhibur dengan busker yang ada di sana, jangan risau suran mereka semua best, lagu semua jenis boleh nyanyi dari Melayu, China, Hindustan ThailanD pon ada, jadi memang korang tak akan sunyi.




Masa kami sampai, kami terus beli air Soda Herb's yang fofular sekarang yang ada serai, pudina, asam boi bagai tu, harga dalam RM6 cawan besar. Taste NOT BAD, SEDAP DAN BERBALOI, tapi cepat habis, sebab laki Jue minum kuat..hihihih.





 Malam tu Jue makan Lamb Chop,Laki Jue makan Buritto and order Nugget sebagai sampingan,Tapi lepas settle makan, laki Jue bangun terus order nasi lemak ayam...hahah nampak tak seleranya betul..Gambar Lamb Chop ju lupe nak snap sebab dah lapor, so ni je sempat snap.

Ada 6 biji tapi dah cekut 1
Mexicano Food

Buritto

 So kepada sesiapa yang yang memang kuat makan, boleh berkunjung ke TAPAK™  KL, sebelah Corus Hotel dan detail boleh klik link dibawah.

 INSTAGRAM: tapak.ft
LOCATION: KLIK SINI


# ini adalah review tidak berbayar, dan ini adalah pengalaman saya sendiri.


 
Copyright© All Rights Reserved julinaalias24.blogspot.com